Pengasas Pakaian Dalam Patuh Syariah 7

Salahkan Wanita Jadi Punca Dirogol Dan Lelaki Tonton Bahan Lucah, Pengasas Jenama Pakaian Dalam Wanita Mohon Maaf

Salahkan wanita jadi punca dirogol dan lelaki tonton bahan lucah, pengasas jenama pakaian dalam patuh syariah wanita mohon maaf.

Usahawan pakaian dalam wanita Le Maream baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mengeluarkan kenyataan seakan memprovok dan menyalahkan wanita di saluran YouTubenya.

“Orang perempuan, kita tak boleh salahkan 100% kepada seorang suami kalau dia tengok cerita lucah. Sebenarnya salah itu adalah salah diri kita kerana kita tak mampu puaskan apa yang dia nak.

Contohnya, kalau atuk rogol cucu dia, kita tak boleh 100% salahkan atuk tersebut. Mungkin nenek dah tak macam masa dia muda, dan atuk terpaksa tengok cerita lucah untuk puaskan nafsu dia.”

Turut menambah hujahnya dalam video yang bertajuk ‘Lelaki vs Porn Part 1’, wanita sebagai isteri diberikan senarai tugas dan tanggungjawab selain daripada cabaran yang perlu mereka terima.

https://www.youtube.com/watch?v=ixW1G3biXLc

Berikutan dengan kejadian tersebut, beliau yang dikenali sebagai Bonda dikecam orang ramai telah memohon maaf di atas pernyataan menyentuh sensitiviti sosial tersebut serta menjelaskan bahawa beliau menentang perbuatan pedopilia dan ketagihan bahan lucah.

Namun sekali lagi beliau memohon maaf kerana menggunakan ungkapan patuh syariah pada biodata Instagram perniagaannya.

Setelah ditegur, Umirah menukar biodata Instagram daripada ‘not selling women, we sell lingerie’ kepada ‘lingerie patuh syariah’ dan ‘lingerie marketing patuh syariah’ beberapa bulan lalu.

Pengasas Pakaian Dalam Patuh Syariah

Dikecam sebagai penunggang agama dalam menjalankan perniagaan, Umirah sebagai pengasas pakaian dalam patuh syariah wanita mengambil langkah menyah aktifkan laman Twitter dan menukar biodata Instagramnya kepada ‘lingerie untuk suami’.

Tahukah anda, sexual grooming adalah salah satu proses penjenayah mendandan mangsa sebelum melakukan jenayah seksual?

Menurut Dr Rozanizam Zakaria, ada 6 peringkat sexual grooming ini :-
1. Mendapatkan sasaran (cari mangsa yang fragile)
2. Mendapatkan kepercayaan (tunjuk reputasi baik predator)
3. Mengisi keperluan mangsa (beri apa yang mangsa tiada)
4. Mengasingkan mangsa (ajar mangsa merahsiakan)
5. Perilaku seksual (gangguan seksual dimulakan)
6. Kekalkan penguasaan ke atas mangsa (ugutan, suapan)

Baca lanjut di: Sexual Grooming: Proses Penjenayah ‘Mendandan’ Mangsa Sebelum Lakukan Jenayah Seksual

Sumber: Daily Mail