
Brunei Laksana Hukuman Rejam Sampai Mati Kepada Pesalah LGBT
Pesalah zina dan hubungan sejenis di Brunei akan direjam hingga mati mulai April ini selepas dikritik hebat dan ditangguh hampir lima tahun.
Negara kesultanan kecil itu akan melaksanakan kanun keseksaan baru yang tegas, yang turut menetapkan hukuman potong tangan dan kaki bagi kesalahan mencuri.

Penalti baru bagi kesalahan mencuri adalah potong tangan kanan untuk kesalahan pertama, dan kaki kiri bagi kesalahan ke-2.
Ekoran pelaksanaan undang-undang baharu itu, ternyata mengejutkan kumpulan hak asasi yang menyuarakan bantahan. Badan hak asasi Amnesty International menggesa Brunei menghentikan segera pelaksanaan hukuman baharu itu dengan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Begitu juga dengan beberapa selebriti barat seperti George Clooney, Elton John dan Ellen DeGeneres lantang menggesa memboikot rangkaian Dorchester Collection’s termasuk Hotel The Beverly Hills dan Hotel Bel-Air selepas mendakwa pemiliknya, Sultan Brunei mendiskriminasi komuniti LGBT.
https://www.facebook.com/ellentv/photos/a.182755292239/10157451218512240/?type=3&theater
Perbuatan hubungan sejenis atau homoseksual sudah diharamkan di Brunei namun kini ia menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati. Undang-undang Syariah bagaimanapun hanya berkuat kuasa ke atas umat Islam sahaja.
Sumber: FMT
Trending now



