Cabaran 24 Jam IKEA

Gara-Gara Cabaran 24 Jam Di IKEA Penang, 5 Remaja Ditahan

Lima orang remaja ditahan atas kesalahan menceroboh IKEA Batu Kawan, Penang awal pagi Khamis gara-gara terpengaruh mahu melakukan cabaran 24 jam di media sosial.

Remaja berusia 16 hingga 18 tahun tersebut datang ke IKEA pada jam 8 malam dan bersembunyi selepas gudang perabot menamatkan operasinya pada 10 malam pada malam sebelumnya.

Jurucakap IKEA memberitahu bahawa pihak IKEA percaya perlakuan remaja tersebut adalah kerana terikut dengan cabaran 24 jam yang tular di media sosial.

Cabaran 24 Jam IKEA

Walaupun kesemua remaja tersebut tidak melakukan apa-apa kerosakan atau mencuri barangan gudang, pihak IKEA Batu Kawan berjanji akan meningkatkan lagi tahap keselamatan mereka agar kejadian sama tidak berulang lagi.

“Mereka berada di sana daripada jam 10 malam hingga 6.40 pagi dan mengaku cabaran tersebut dibuat adalah kerana mahu menunjukkan keberanian dan kebolehan mereka mengelak daripada dikesan pengawal keselamatan IKEA di media sosial.”

Dalam zaman serba moden ini, budaya mendapatkan populariti daripada perlakuan tidak munasabah dan menularkannya di media sosial seakan menjadi trend, terutamanya dalam kalangan remaja.

Kerana mudah terpengaruh dengan budaya tular, mereka lupa memikirkan mengenai kesan kepada perbuatan mereka terutamanya kepada diri sendiri.

Harapnya golongan remaja sedarlah perbuatan mendapatkan populariti daripada cabaran-cabaran di media sosial ini tidak semuanya boleh ditiru.

Sumber: Guangming