Lelaki Lidah Bercabang

Lelaki ‘Lidah Bercabang’ Luah Hasrat Mahu Buang Pusat Pula

Manusia memang sentiasa berkeinginan yang pelik-pelik kan? Sentiasa merasa apa yang Tuhan beri itu tidak mencukupi dan tidak sempurna.

Seorang remaja lelaki, Thibault yang pernah menjalani pembedahan membelah lidah pada Ogos 2018 kini meluahkan hasrat ingin membuang pusatnya pula.

Lelaki Lidah Bercabang

Mempunyai hasrat untuk menjadikan imaginasi sewaktu kecil menjadi realiti, Thibault mendefinisikan dirinya sebagai seorang yang kuat dan mengagumkan.

Lelaki Lidah Bercabang

“Sewaktu kecil, saya sentiasa mempunyai imaginasi mempunyai badan yang pelik dan aneh. Contohnya lidah yang terpisah. Saya sangat gembira apabila idea untuk membelah lidah saya boleh menjadi kenyataan.”

Pembedahan membelah lidah biasanya bermula dengan pemberian ubat bius pada lidah. Kemudiannya lidah akan dibelah dari arah atas ke bawah dengan menggunakan pisau bedah.

Untuk mengelakkan berlakunya pendarahan yang banyak, sisi lidah akan dijahit atau dibilas selepas dijahit.

“Saya tidak mengingati rasa sakit kerana sudah dibius. Yang paling mengganggu setelah dibedah ialah saya tidak boleh menelan selama sejam. Kalau orang lain memberitahu mereka mempunyai kelainan rasa dan kesukaran berkata-kata.

Tetapi untuk saya, saya tidak ada masalah apa-apa selepas satu minggu. Minggu pertama, adalah mustahil untuk saya berkata dengan baik. Ia lebih kepada tidak selesa. Dalam masa lima hari, semuanya sudah pulih walaupun terasa sedikit sensitif.”

Lelaki Lidah Bercabang

Dengan selalu berlatih, Thibault mampu mengawal pergerakan lidahnya sendiri sehingga mampu melakukan trick dan memegang objek dengan menggunakan lidahnya.

Selain daripada lidahnya, Thibault turut mengubah telinganya dan sekarang dalam perancangan untuk membuang pusatnya pula bagi merealisasikan impiannya semasa kecil.

Sumber: Metro UK