
Ini Senarai Rasmi Mereka Yang Terkorban Dalam Avengers: Infinity War
Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mereka yang terkorban di seluruh alam semesta akibat penangan ‘Jurus Maut Hikmat Petikan Jari’ Thanos dalam Avengers: Infinity War (2018). Ramai yang terkejut menonton filem ini yang memaparkan bagaimana adiwira-adiwira kesayangan mereka ditewaskan dengan mudah buat julung kalinya di layar perak.
Siapakah yang benar-benar wajar dipersalahkan kerana gagal menyekat Thanos dalam Infinity War?
Bruce Banner? – Tidak bertukar menjadi Hulk.
Star-Lord? – Punca percubaan menanggalkan Infinity Gauntlet gagal.
Black Panther? – Strategi peperangan yang lemah ketika Battle of Wakanda.
Scarlet Witch? – Teragak-agak memusnahkan Mind Stone.
Thor? – Tidak menyasarkan kepala Thanos dengan Stormbreaker.
Hotel? – Trivago.
Sejak Avengers: Infinity War ditayangkan pada bulan April 2018, ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang masih hidup? Apakah nasib Hawkeye, Pepper Potts, Happy Hogan, Wong, Valkyrie dan Shuri?
Nah! Akhirnya terjawab jua persoalan kita semua. Marvel Studios baru-baru ini telah mengeluarkan *32 character posters dengan tagline ‘Avenge The Fallen’ sempena genap sebulan lagi penantian akan bermulanya tayangan Avengers: Endgame (2019).
Poster ‘berwarna’ bagi 16 watak-watak berikut menandakan mereka masih hidup. Berdiri dari belakang ialah: Iron Man, Captain America, Black Widow, Thor, Bruce Banner, Hawkeye, Captain Marvel, Ant-Man, Nebula, Okoye, War Machine, Pepper Potts, Rocket Raccoon, Valkyrie, Wong dan Happy Hogan.
Poster ‘hitam putih’ bagi 16 watak-watak ini pula menandakan mereka telah kecundang di tangan Thanos dalam Infinity War. Duduk dari depan ialah: Falcon, Winter Soldier, Mantis, Drax the Destroyer, Loki, Shuri, Groot, Wasp, Spider-Man, Scarlet Witch, Vision, Nick Fury, Black Panther, Star-Lord, Gamora dan Doctor Strange.
Yang mengecewakan ialah watak-watak kurang penting seperti Pepper Potts dan Happy Hogan pula yang terpilih untuk menjadi poster manakala Maria Hill dan Heimdall pula tidak. Mungkinkah 32 watak-watak ini sahaja yang akan muncul kembali dalam Avengers: Endgame kelak?
Kenapa tidak diselitkan sekali Sharon Carter, May Parker, Thaddeus Ross, Betty Ross, Jane Foster, Erik Selvig, Karl Mordo, Korg, Miek, Sif, M’Baku, Nakia, Everett Ross, Hank Pym, Janet van Dyne, Bill Foster, Ghost, Grandmaster, Collector, Ravagers mahupun Howard the Duck?
Alang-alang watak Captain Marvel pun ada, kenapa tidak dimasukkan sekali watak Talos, Maria dan Monica Rambeau ataupun Goose? (Baca ulasan filem: Captain Marvel di SINI)
Tanda pagar ‘AvengeTheFallen’ dan banyak ‘memes’ yang lahir darinya kini tular di seluruh dunia. Avengers: Endgame akan mula ditayangkan di Malaysia mulai 24 April ini.
Kami harap nanti janganlah ada yang lagi yang suka menyebarkan ‘spoiler’ seperti yang pernah berlaku ketika Avengers: Infinity War dahulu:


*Sumber diambil terus dari Marvel.com. Kami tidak terlibat sekiranya terdapat sebarang perancangan prank April Fool’s Day oleh Marvel Studios.
Trending now



