Bilik Pameran IKEA

Bilik Pameran IKEA Penang Musnah, Pengunjung Dilabel ‘Macam Kera Dapat Bunga’

Siapa yang tidak kenal dengan jenama IKEA, kan?

Gedung perabot dari Sweden ini sudah terkenal di dunia dengan trademark rekaannya yang minimalis dan berwarna putih.

Bersesuaian dengan harga, produk keluaran IKEA mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana ketahanan dan reka bentuk produk tidak lapuk ditelan zaman.

Dengan konsep menyediakan bilik pameran yang dihias seakan ruang rumah sebenar, pengunjung IKEA lebih mudah untuk menghias serta menyusun atur perabot dengan contoh yang diberikan.

IKEA Penang

Namun, ada di antara pengunjung yang salah anggap; susun atur ruang bilik pameran dianggap sebagai rumah sendiri sehinggakan dengan selesanya mereka baring atau melakukan sesuatu secara sesuka hati.

Ini yang berlaku di IKEA Penang, Batu Kawan. Walaupun pembukaan gedung perabot ini tidak sampai dua minggu, kawasan bilik pameran IKEA berselerak dengan barangan hasil perbuatan tidak bertanggungjawab pengunjung.

Bilik Pameran IKEA Penang

Bilik Pameran IKEA Penang

Boleh lihat dalam setiap gambar, sudut-sudut ruang pameran seperti bilik tidur, bilik mandi dan dapur bersepah dengan barangan.

IKEA Penang 5

IKEA Penang

IKEA Penang

Mahu menyediakan kemudahan membeli-belah perabot kepada penduduk di sekitar Penang, tapi apabila sudah diberi, ini yang mereka balas. Macam kera mendapat bunga; tidak menghargai pemberian orang lain.

Rendahnya nilai moral dan kesedaran sivik menjadi punca berlakunya kejadian ini. Harapnya pengunjung IKEA Batu Kawan, Penang sama-sama sedar untuk membantu pekerja IKEA dalam memastikan kekemasan dan kebersihan gedung.

Bukan apa, nanti kalau kotor dan berselerak, anda juga yang tidak mahu datang. Sedangkan sepahnya itu datang dari pengunjung sendiri. Bukan begitu?