Michael Ang peluk Islam

Michael Ang Dedah Sudah Lebih Setahun Peluk Islam

Pengarah dan penerbit, Michael Ang akhirnya mendedahkan bahawa beliau sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu. Khabar itu disampaikan sendiri oleh Michael menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran Youtube Offical Ria X.

Dalam hantaran laman sosial Instagram terbaharunya, Michael mengharapkan semua pengikutnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

https://www.instagram.com/p/Bw3sANcBg_o/?utm_source=ig_web_copy_link

Pengarah filem Kimchi Untuk Awak berkongsi dengan masyarakat tentang perkara itu kerana enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama apabila dia mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Michael Ang peluk Islam
Sumber: FB

Sebelum ini, beliau juga dikatakan sudah memeluk agama Islam apabila memberitahu mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Ustaz Firdaus Wong juga berkongsi berita gembira ini di laman Facebook beliau mengatakan pengarah itu telah memeluk agama Islam dan segala urusan pendaftaran diuruskan oleh Multiracial Reverted Muslims.

“Sejujurnya, ketika mendalami Islam banyak perkara yang harus dipelajari, saya tidak mahu perkara ini (memeluk Islam) diperbesarkan kerana urusan ini antara saya dan Allah,” ujar beliau melalui saluran YouTube itu.

Beliau turut mengalu-alukan masyarakat Muslim memberi tunjuk ajar supaya beliau dapat menjadi Muslim yang terbaik.

Sumber: Kosmo