selepas Endgame

Ini Yang Mungkin Akan Berlaku Dalam MCU Selepas ‘Avengers: Endgame’

Penantian filem Avengers: Endgame oleh peminat Marvel Cinematic Universe (MCU), membuahkan hasil apabila berjaya mengutip lebih 8 juta di pawagam Malaysia pada hari pertama tayangan.

Avengers: Endgame adalah filem penutup kepada Infinity Saga yang mana ia mengumpulkan sebanyak 22 filem. Jadi, selepas kekalahan Thanos dan perubahan yang berlaku kepada enam anggota terawal Avengers; mati dan ada yang bawa haluan hidup sendiri, apa yang MCU bakal rancang untuk fasa seterusnya?

Pelbagai kemungkinan yang akan berlaku pada fasa seterusnya yang peminat ternanti-nanti.

Spider-Man: Far From Home

Kita akan menyaksikan filem ini menjadi filem terakhir fasa ketiga yang mana secara tidak langsung menjadi filem ke sebelas dalam fasa ketiga.

Mungkin dalam filem ini kita akan menyaksikan bagaimana Peter Parker membawa diri untuk teruskan hidup tanpa Tony Stark sebagai mentornya. Juga ada kemungkinan besar, filem Spider-Man ini akan mempertontonkan adegan lepas kredit untuk filem pertama fasa keempat.

selepas Endgame
Sumber: Screen Rant

Fasa empat

Pengakhiran Endgame menjadi persoalan kepada watak-watak seperti Gamora dulu dibawa kembali hidup dan kehilangan Loki bersama Tesseract yang mungkin membuka kepada garis masa baharu.

Setakat ini, Marvel Studios belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai filem-filem pasca Endgame, tetapi yang sudah ada dalam perancangan termasuk Black Panther 2 , Doctor Strange 2, Guardians of the Galaxy Vol.3, Captain Marvel 2 dan bakal perkenal watak adiwira Asia pertama iaitu Shang-Chi. Satu perkara yang kita ternanti-nanti ialah kemunculan Adam Warlock yang belum terjawab (dalam adegan lepas kredit Guardians of the Galaxy Vol.2).

Filem Black Widow juga bakal diadakan walaupun wataknya mati dalam Endgame. Mungkin filem ini mengisahkan tentang Natasha sebelum menjadi ahli Avengers.

selepas Endgame
Sumber: Reddit

X-Men dan Fanstastic Four dalam MCU

selepas Endgame
Sumber: Looper

Gabungan Disney dan 21st Century Fox memungkinkan watak-watak dalam filem Deadpool, X-Men dan Fantastic Four dalam MCU, membuatkan peminat tidak sabar dengan kemunculan yang bakal berlaku.

Apapun, Avengers: Endgame menjadi filem paling epik dalam francais Avengers!

Sumber: Star2

 

Nak tahu tak apa jadi belakang tabir permainan video?

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.