Avengers: Endgame Kutip Bilion

Baru 5 Hari Tayangan, Avengers: Endgame Berjaya Kutip RM5.9 Bilion

Filem akhir bagi siri adiwira Avengers iaitu Avengers: Endgame mencipta rekod pecah panggung apabila berjaya meraih kutipan RM5.9 bilion hanya dalam tempoh lima hari tayangan.

Rekod ini jauh mengalahkan filem Avengers: Infinity War yang berjaya mengutip berbilion ringgit dalam masa 11 hari dengan kutipan domestik sebanyak RM1.4 bilion dan RM3.5 bilion di seluruh dunia.

Ini menjadikan Mravel Studio berjaya mengekalkan momentum mereka dengan pulangan luar biasa menerusi filem adiwira sejak 2009 lalu.

Avengers: Endgame Kutip Bilion

Menjangkakan kutipan sebanyak RM13.5 bilion, tayangan filem ini di China menjadi kunci kejayaan paling besar apabila keuntungan yang Marvel Studio perolehi di sana hampir sama dengan Amerika Syarikat.

Kesemua 22 buah filem Marvel Cinematic Universe telah berjaya mengutip keuntungan kasar sekitar RM82 bilion untuk filem pecah panggung seluruh dunia. Untuk empat buah filem Avengers sahaja, Marvel berjaya meraih keuntungan hampir RM26 bilion.

Sumber: Harian Metro

Game Sekiro ini memang mencabar kot.

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.