Black Widow

Black Widow Luah Hasrat Mahu Bertanding Pilihan Raya Amerika Syarikat

Baru sahaja ditayangkan dua hari lalu, gelombang Avengers: Endgame masih lagi belum reda. Di Malaysia sahaja, jualan tiket terkumpul pada hari pertama sudah sebanyak RM10 juta sejak 2 April lalu. Bayangkan kalau dikumpul satu dunia?

Salah seorang pelakon wanita siri superhero ini, Scarlet Johansson yang membawakan watak Black Widow memberitahu bahawa beliau tidak menolak kemungkinan bakal bertanding dalam pilihan raya Amerika Syarikat pada suatu hari nanti.

Black Widow

Walaupun buat masa sekarang beliau tidak memegang apa-apa jawatan politik, Johansson memberitahu beliau mungkin akan memulakan kempennya pada masa akan datang.

“Mungkin pada masa akan datang. Saya fikir cara terbaik untuk melakukan perubahan adalah melalui politik tempatan. Mungkin pada masa akan datang saya akan bertanding.”

Sumber: Variety

Siapa layan One Piece?

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.