bekalan air Lembah Klang

Gangguan Bekalan Air Lembah Klang Kembali Pulih

Berita baik kepada warga Lembah Klang terutama kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air bermula Rabu (24 April), kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa (SSP2) telah siap dilaksanakan.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), loji rawatan air itu akan diaktifkan semula dan proses pengedaran air terawat ke takungan utama dan sistem agihan utama akan dilaksanakan sebelum air diagihkan kepada pengguna.

Proses ini akan mengambil masa selama 24 jam.

https://www.facebook.com/airselangor/posts/2479625658734668?__xts__%5B0%5D=68.ARDmhNfVLbP4U9dsAcJ4K-pJu7HhIDuG-h-IwbEFGCExAj8bxPmSnlVP7Ntaf35UklNgF3fQg_BeTCceQt1REgwRt3c8ZliycaYL3vU9h_tpDPFATopivPLQf3p4LP89sHBHmcqet_PnoRGz1b0TqQbZL_0OjBotRGCSGeSLtdECA4USycyADcmdTWrrqCNtveNQ9L1ePzw1Ldi07nL5UKJMoFRAvCUO6TfYw-S0BwkA1QvwEQ1EOu4ifZNtAq4jlMEUBmR2dhjzPFrf9aACDNjifN0PSBmOl5zwZb4Y8hhv1q4iK14i3w62lHeKGPIskESK7y5PUeJmCrANlHx8WtcnHNfl&__tn__=-R

Syabas juga menasihatkan para pengguna mereka untuk sentiasa menyemak maklumat terkini mengenai bekalan air di laman web rasmi mereka. Selain itu, anda juga boleh menyemak kemas kini melalui Facebook, Twitter, dan aplikasi mereka – yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Jika bekalan air belum kembali ke kawasan anda, boleh meminta bantuan bekalan air dengan menghantar SMS Tanker <Nama><Alamat> ke 15300 atau Whatsapp di 019-281 6793 atau 019-280 0919.

 

Ini antara anime paling legend, betul tak?

ONE PIECE : Manga Paling Laris

Jangan luba subcribe Youtube Odisi.