Gemini Man

Tonton Trailer Filem Aksi-Thriller ‘Gemini Man’ Lakonan Mantap Will Smith

Jika anda peminat genre sains fiksyen, anda patut tonton filem ‘Gemini Man’ yang dibintangi oleh Will Smith, Mary Elizabeth Winstead, Benedict Wong dan Clive Owen di pawagam 3 Oktober ini.

Gemini Man

Filem aksi-thriller inovatif ini mengisahkan mengenai seorang pembunuh upahan elit, Henry Brogan (Will Smith) yang menjadi sasaran operatif misteri secara tiba-tiba dan dikejar seakan mampu menjangkakan setiap langkah pergerakannya.

Gemini Man

Filem ini diarahkan oleh Ang Lee, pemenang Academy Award dan diterbitkan oleh penerbit terkemuka dunia, Jerry Bruckheimer, David Ellison, Dana Goldberg dan Don Granger.

Anda boleh tonton trailer filem ini pada pautan di bawah.