pengurangan cukai jalan kenderaan hybrid

Pengurangan 50 Peratus Cukai Jualan Untuk Kenderaan Elektrik Dan Hybrid

Bagi sesiapa yang menggunakan kenderaan jenis elektrik dan ‘hybrid plug in charging’ pasti merasai inisiatif kerajaan seperti pengurangan cukai jalan sebanyak 50 peratus. Ia sebagai galakan penggunaan kenderaan berteknologi hijau di negara ini.

“Kementerian juga turut mewujudkan sebuah badan khas yang dinamakan ‘Kelulusan Jenis Kenderaan’ yang berfungsi untuk mengenal pasti dan meluluskan kenderaan teknologi hijau terutamanya lori dan bas, bagi mengurangkan penggunaan kenderaan berkarbon,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar ketika sesi soal jawab di Dewan Negara.

Setakat 31 Mac 2019, sebanyak 5,403 kereta elektrik dan 46,981 kereta jenis ‘hybrid plug in charging’ yang berdaftar dengan Kementerian Pengangkutan.

pengurangan cukai jalan kenderaan hybrid
Sumber: Taipingmali

Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi bagi kereta elektrik berdaftar dengan jumlah 2,791 buah, manakala Wilayah Persekutuan pula mencatat jumlah tertinggi kereta jenis hibrid berdaftar dengan jumlah 25,360 buah.

Apa yang bagus mengenai jenis kenderaan ini ialah tentulah penjimatan minyak lebih berbanding kenderaan biasa. Ramai juga yang telah mempertimbangkan sama ada untuk menyingkirkan kereta konvensional mereka dan membeli sebuah kereta Hybrid untuk membantu mengurangkan kos penggunaan bahan api.

Namun, sejauh manakah relevan penggunaan kenderaan jenis ini dengan akses kita yang agak terbatas?

Sumber: Sinar Harian