Fast & Furious Hobbs & Shaw

Tonton Trailer ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw’

Selepas siri Fast & Furious telah berjaya mencipta fenomena dalam aksi filem lumba kereta kerana mengaut keuntungan lebih USD8 bilion di seluruh dunia dengan lapan buah filem mereka sebelum ini, kini francais Fast & Furious kembali dengan siri ke-9 iaitu ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw’.

Fast & Furious Hobbs & Shaw

Yang menariknya untuk siri spin off kali ini, ianya bakal dibintangi oleh pelakon popular, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock bersama Jason Statham selepas beliau memilih untuk tidak lagi bersama Vin Diesel.

BACA: Tonton Aksi ‘Kereta Terbang’ Ke Angkasa Dalam Trailer Baharu Fast & Furious 9

Bakal temui anda di pawagam Malaysia pada 2 Ogos ini, apa kata anda tonton dahulu trailer filem ini.

Trailer 1 Fast Furious: Hobbs & Shaw:

Trailer 2:

Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw bukan hanya mempamerkan aksi bertempur yang tidak masuk akal, tetapi juga menampilkan beberapa adegan budaya Samoa.

Sedikit info: Negara Samoa terletak di lautan pasifik, tidak jauh daripada Australia dan New Zealand. Kepulauan Samoa terdiri daripada Samoa dan Samoa Amerika.

Jika anda perasan, terdapat adegan Hobbs melakukan tarian kelihatan seperti tarian Haka bersama adik-beradik dan keluarganya sebelum bertempur dengan musuhnya, Brixton.

Ramai yang beranggapan adegan tarian itu merupakan tarian Haka. Sebenarnya, tarian tersebut adalah tarian tradisi atau war dance yang dilakukan sejak turun-temurun bagi orang Samoa sebelum melakukan apa-apa cabaran atau perang.

Jika di New Zealand ia dipanggil tarian Haka, di Samoa tarian pertempuran ini dipanggil Siva Tau dan pastilah gerak tarinya berbeza daripada tarian Haka.

Menariknya dalam filem ini, kemunculan sepupu Dwanye Johnson sendiri iaitu Roman Reigns sebagai adik kepada Hobbs. Roman juga sebenarnya merupakan ahli gusti terkenal yang kini menyambung legasi The Rock. Maksudnya, dalam filem ini banyak menampilkan budaya keturunan The Rock sendiri.

Tarian Siva Tau direka khas untuk filem ini dengan bantuan perunding budaya kaum Samoa.