halang spoiler Endgame

Anda Boleh Halang ‘Spoiler’ Avengers: Endgame Dengan Cara Ini

Kita hanya ada beberapa hari sahaja lagi untuk menonton filem yang dinantikan ramai orang terutama bagi peminat MCU, Avengers: Endgame.

Mungkin tidak ramai yang berkesempatan untuk menonton filem ini pada hari pertama memandangkan ia ditayangkan pada hari minggu. Oleh itu, adik beradik Russo telah meminta penonton untuk tidak mengirimkan spoiler filem itu di mana-mana media sosial bagi menghormati mereka yang belum menontonnya.

Namun, pasti ada yang tetap berdegil untuk melakukannya kerana terlalu teruja. Jadi, bagaimana seseorang itu mahu menghalang semua gangguan ini tanpa perlu membuka media sosial sehingga tiba hari menonton?

Terima kasih kepada rakyat Malaysia ini yang telah mencipta satu penyelesaian kepada kita semua. Anda boleh mencuba ‘No Spoilers’ di Chrome Extension yang berperanan akan mengaburkan semua hantaran mengenai Avengers: Endgame.

Namun extension ini haya berfungsi di Facebook sahaja. Ia tidak menghalang spoiler di laman sesawang yang lain.

Bagi sesiapa yang ingin mencubanya, boleh ke pautan ini.

Untuk di Twitter, anda boleh sahaja menggunakan fungsi mendiamkan perkataan atau muted words di paparan ‘Settings and Privacy’ dan tulis perkataan yang anda patut diamkan untuk sementara waktu.