WhatsApp Halang Screenshot

WhatsApp Halang Pengguna Android ‘Screenshot’ Perbualan

WhatsApp halang pengguna Android screenshot perbualan.

Aplikasi perhubungan atas talian, WhatsApp kini sedang berusaha mengimplementasikan pengesan biometrik bagi pengguna Android.

BACA: Gangguan Facebook, Instagram Dan WhatsApp Lebih 5 Jam, Tiada Kaitan Dengan Serangan DDoS

Kemaskini WhatsApp beta di Google Play Store menunjukkan bahawa terdapat pembaharuan sistem tersebut.

Apabila sistem pengesan biometrik ini diaktifkan, pengguna Android akan dihalang daripada mengambil tangkap skrin (screen shot) selain daripada memerlukan fingerprint sebelum membuka atau mengunci aplikasi WhatsApp.

WhatsApp Halang Screenshot

Walau bagaimanapun, pengesan biometrik ini masih belum dibuka kepada umum, mahupun pengguna WhatsApp Beta.

Cara mengaktifkan pengesan biometrik untuk pengguna Android, anda hanya perlu pergi ke settings, klik account dan pilih privacy.

WhatsApp juga memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengunci aplikasi WhatsApp secara automatik selepas 1 minit, 10 minit, 30 minit atau serta merta.

Kemaskini aplikasi WhatsApp ini turut merubah sistem pelekat antaranya mengkategorikan pelekat dan emoji secara bersebelahan, pelekat dan emoji diletakkan pada satu halaman dan mengasingkan emoji, GIF dan pelekat.

Seiring dengan kemajuan teknologi, para scammer ini telah merangka satu modus operandi baharu yang tidak memerlukan mangsa memberikan OTP, sebaliknya dengan hanya menggunakan aplikasi WhatsApp mereka boleh mencuri kesemua wang yang ada di dalam akaun bank anda.

Bagaimanakah caranya? Ini perkongsian seorang lelaki, Jonathan Sidi yang telah menjadi salah seorang mangsa kepada skim penipuan mereka.

Lelaki Ini Kongsi Taktik ‘Scammer’ Curi Duit Tanpa OTP Melalui Aplikasi WhatsApp

Sumber: Hindustan Times