tranformasi wajah anak Kylie Jenner

Lihat Transformasi Wajah Jurusolek Ini Menjadi Anak Perempuan Kylie Jenner

Inilah yang dikatakan dengan “kuasa mekap” apabila seseorang itu berbakat dalam mengenakan solekan, boleh bertukar daripada rupa sebenar!

Seorang youtuber yang dikenali sebagai Alexis Stone memuat naik video yang mana beliau ‘menukar’ wajahnya menjadi wajah anak perempuan Kylie Jenner iaitu Stormi. Amat menakjubkan kerana transformasi solekan yang dibuatnya hampir serupa dengan wajah Stromi.

https://www.instagram.com/p/BwR5jAxAo5i/?utm_source=ig_web_copy_link

Alexis Stone amat terkenal dengan video-video solekannya yang mana beliau melakukan transformasi terhadap wajahnya. Sebelum ini, beliau pernah memuat naik video transformasi kepada wajah selebriti-selebriti terkenal seperti Kim Kardashian, Ellen Degeneres dan Emilia Clarke.

tranformasi wajah anak Kylie Jenner

Rata-rata yang menonton video tersebut memuji jurusolek itu dan tidak lupa juga terhibur dengan transformasi solekan. Mana tidaknya, biasa kita lihat mereka menukar wajah orang dewasa tetapi kali ini bertukar sepenuhnya dengan seorang kanak-kanak kecil.

Video tersebut telah mendapat lebih 120,000 tontonan dalam masa 4 hari sahaja manakala versi pendeknya di Instagram pula mencatat 300,000 tontonan dalam masa sehari sahaja. Memang ramailah pengguna media sosial menonton video tersebut memandangkan beliau melakukan solekan transformasi wajah anak selebriti yang paling hangat dalam dunia hiburan.

Siapa belum menonton video tersebut, boleh tontonnya di sini.