
Beli Tiket Wayang GSC Serendah RM6 Di Shopee
Selalu anda beli tiket wayang melalui medium apa? Kaunter? Atau atas talian? Atau melalui aplikasi seperti GSC, TGV, Boost dan Touch ‘n Go e-wallet kan?
BACA: Bina Pawagam DIY Dalam Bilik Dengan Kos Cuma RM20
Tetapi ada seorang pengguna media sosial ini berkongsi mengenai pembelian tiket wayang melalui aplikasi Shoppee. Eh, biar betul?!
Kata beliau, beli tiket wayang GSC di Shopee jauh lebih murah daripada pembelian tiket wayang di kaunter GSC sendiri!
Nak tahu macam mana? Ini step yang beliau kongsikan. Tapi sebelum itu pastikan anda dah pilih nak tengok filem apa dan di mana.
1. Buka aplikasi Shopee dan cari kata kunci GSC.
2. Pilih penjual mana yang anda percaya dan boleh dipercayai (melalui review, hasil jualan dan rating).
3. PM penjual informasi seperti lokasi GSC, tarikh dan masa, filem dan bilangan pembelian tiket.
4. Selepas itu, penjual akan kongsikan gambar seat yang masih kosong untuk anda pilih.

5. Pembayaran dibuat seperti biasa, melalui aplikasi pembayaran Shopee.
6. Kemudian, penjual akan berikan kod bar yang akan anda gunakan untuk masuk melalui pintu automatik.
https://www.facebook.com/portcuti/photos/a.296773244372313/322701621779475/?type=3&theater
Mudah betul sekarang ini. Ada sahaja cara yang membolehkan kita rakyat marhaen berjimat dalam berbelanja di zaman yang serba mahal ini. Yang penting tak payah susah-susah beratur panjang.
Selamat mencuba!
Trending now



