
Tonton Rakaman Kejadian Kebakaran Gereja Terbesar Paris, Notre Dame
Warga Perancis dikejutkan dengan berita kebakaran menimpa mercu tanda terkemuka yang juga nadi kota Paris, Gereja Notre Dame jam 6 petang waktu tempatan semalam.
Kejadian tersebut telah memusnahkan sebahagian besar bumbung kayu dan meruntuhkan menara utama gereja setinggi 92 meter berusia 850 tahun itu selepas dua jam terbakar.
Para petugas seramai 400 orang yang terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian. Anggota berusaha mengawal api yang marak, manakala pasukan penyelamat cuba menyelamatkan hasil karya seni di dalam bangunan.
Kebakaran yang dipercayai berkait dengan projek pengubahsuaian yang sedang dijalankan bagaimana pun tidak menyebabkan kemusnahan teruk pada struktur utama gereja berkenaan.
Pihak berkuasa turut menyatakan kemungkinan bangunan tersebut akan runtuh kerana semua hiasan dalaman kayunya sudah terbakar dan sekiranya ianya berlaku, penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan akan segera dibantu untuk keluar daripada situ.
Gereja Notre Dame kini sedang diubah suai dengan kos sebanyak USD6.8 juta melibatkan beberapa kawasan dalam gereja.
Gereja Notre Dame dibina pada kurun ke-12 merupakan antara destinasi yang menerima jutaan pelancong setiap tahun kerana menempatkan pelbagai karya seni yang berharga terkenal dan menjadi latar dalam novel klasik Victor Hugo, The Hunchback of Notre Dame.
#شاهد لحظة اندلاع حريق في كاتدرائية نوتردام وسط العاصمة الفرنسية باريس pic.twitter.com/qR6sAfepNo
— المركز الفلسطيني للإعلام (@PalinfoAr) April 15, 2019
Dalam waktu yang sama, Masjid Al-Aqsa turut dilanda kebakaran kecil semasa kejadian tersebut berlaku di bahagian Masjid Marwani atau Kandang Kuda Nabi Sulaiman.
طواقم الإطفاء تخمد حريقاً اندلع على سطح المصلى المرواني في المسجد الأقصى. pic.twitter.com/CVx8X7nx4N
— المركز الفلسطيني للإعلام (@PalinfoAr) April 15, 2019
Kebakaran di Masjid Al-Aqsa bermula dari bilik pengawal di luar bumbung Masjid Marwani sebelum berjaya ditangani oleh pasukan bomba dan pihak berkuasa wakaf.
Sumber: Sinar Harian, Mata Mata Politik
Trending now



