Google Facebook di Kedah

Google Dan Facebook Mungkin Buka Cawangan Di Kulim

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebelum ini, syarikat gergasi global iaitu Google dan Facebook telah membuka pejabat operasi mereka di ibu kota Malaysia. Ia memperlihatkan syarikat-syarikat gergasi Internet ini berminat dengan pasaran Asia Tenggara.

Terbaru, mungkin syarikat-syarikat ini bakal membuka cawangan mereka di Kulim Hi-Tech, dalam rangka pembangunan Kedah Digital yang diusahakan oleh kerajaan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata, ia masih dalam peringkat perbincangan dan penelitian.

Kedah sebelum ini pernah membuka tawaran yang sama kepada syarikat Google dan mereka berminat, namun ia terhenti. Susulan itu, mereka mahu melihat kembali perbincangan itu dan meneruskan perancangan berkenaan.

Google Facebook di Kedah
Sumber: Amanz

Penubuhan pejabat operasi itu bertujuan memudahkan perusahaan dan perniagaan di Malaysia memasarkan produk perniagaan mereka menerusi platform yang disediakan Facebook.

Malaysia mencatatkan antara bilangan pengguna Facebook tertinggi di Asia Tenggara dengan kekerapan 18 juta pengguna setiap bulan.

Kadar penggunaan Internet di Malaysia melebihi 55.6%, merupakan salah satu negara Asia Pasifik dengan pengguna Google Chrome tertinggi, selain turut mempunyai ramai pengguna aktif Google Adsense dan Adwords dalam mempromosikan perniagaan mereka.

Sumber: Harian Metro