Cik Epal

Blogger Cik Epal Sedia Dedah Onar ‘Si Topi Merah’ Di Mahkamah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siapa sahaja tidak kenal dengan Cik Epal, seorang yang bermula daripada blogger dan kini sudah bergelar ahli perniagaan dengan pendapatan lebih RM50,000 sebulan.

Tular pula baru-baru ini beliau menghadiahkan suaminya kereta Ford Mustang 5.0 GT sempena hari lahir yang ke-30 yang dianggarkan bernilai sekitar RM350,000 secara tunai! Dah macam harga rumah!

Cik Epal

Kini, heboh pula kisah di antara Cik Epal dengan si Topi Merah yang tidak didedahkan identitinya.

Dikatakan sudah banyak menipu dalam menjalankan perniagaan, individu tersebut yang digelar sebagai si topi merah tersebut sudah banyak kali ‘memetik’ nama Cik Epal dan memburukkan beliau.

https://www.instagram.com/p/Bu5RhgNFUXN/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=dej05agah330

Tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dalam satu hantaran di Instagram, Cik Epal telah memuat naik beberapa DM (direct message) dan komen dari mangsa individu bertopi merah ini.

Cik Epal

Cik Epal 1

Membaca mesej dari mangsa-mangsa si topi merah, individu si topi merah ini gemar menggunakan agama sebagai penarik dalam melakukan jualan mereka.

Yang paling menarik perhatian kami ialah komen daripada pemilik Hausboom, Azri Zahier Azmi. Kalau lihat daripada komen beliau, rasanya anda pun sudah boleh agak siapa pemilik topi merah tersebut, kan?

Cik Epal

Banyak lagi sebenarnya rekod perbualan Cik Epal dengan mangsa-mangsa si topi merah ini. Kalau nak tahu bolehlah ke Instagram Cik Epal dan bacalah sendiri di sana.

https://www.instagram.com/p/Bu70ghclKt_/

Katanya si topi merah sendiri mengaku identitinya kepada umum. Agak-agak sampai bila mahu menipu dan mempergunakan agama sebegini rupa, wahai si topi merah?

Sumber: Instagram Cik Epal