Statut Rom ICC

Betul Ke Statut Rom, ICC Gugat Kekebalan Yang Di-Pertuan Agong?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini telah mengumukan bahawa Malaysia akan menyertai dan meratifikasi Statut Rom, ICC. Dan keputusan ini telah mendapat banyak reaksi dari pelbagai pihak termasuklah Tengku Mahkota Johor.

Tapi apa sebenarnya Statut Rom, ICC (International Criminal Court) ini?

Secara ringkasnya, Statut Rom merupakan perjanjian yang mengasaskan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal tetap bagi membicarakan kes jenayah antarabangsa.

Antaranya ialah pembasmian kaum, jenayah hak asasi manusia, jenayah perang, jenayah kekerasan dan jenayah pencerobohan. Statut Rom menjelaskan bahawa ICC berkuasa menyiasat dan mendakwa jenayah tersebut sekiranya negara berkenaan gagal atau enggan untuk menyiasat atau/dan mendakwa pesalah laku.

Menjadi pelengkap kepada undang-undang domestic sedia ada negara pihak untuk mendakwa individu yang melakukannya, sehingga 4 Mac lalu sebanyak 124 buah negara telah menjadi Anggota Statut Rom.

Berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menyelesaikan pertikaian atau krisis antara dua negara, Mahkamah Jenayah Antarabangsa boleh melakukan perbicaraan di mana-mana lokasi yang dirasakan perlu, cekap, cepat dan selamat.

Benarkah kekebalan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) terhakis?

YDPA tidak akan disentuh oleh Statut Rom kerana:

1. Artikel 40, Perlembagaan Persekutuan Malaysia – YDPA adalah seorang Raja Berpelembagaan dan semua tugasnya dilaksanakan atas nasihat Perdana Menteri atau cabinet.

2. Artikel 41, Perlembagaan Persekutuan Malaysia – YDPA merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera persekutuan dan tidak diberi kuasa mengisytihar perang.

Statut Rom ICC
Sumber: Deenamik

Kepentingan penyertaan Malaysia:

1. Membuktikan bahawa Malaysia komited sebagai sebuah negara yang mempertahan dan menegakkan keadilan serta undang-undang antarabangsa.

2. Melambangkan kesungguhan negara untuk menghukum pesalah laku jenayah tanpa mengira status; semua akan diadili sama rata jika terbukti bersalah.

3. Malaysia boleh bersuara dengan lebih lantang dalam isu-isu jenayah terutamanya penindasan kaum dan jenayah perang.

4. Malaysia boleh mencalonkan rakyatnya sebagai hakim, pendakwa, pendaftar dan beberapa jawatan lain di pejabat pendakwa atau pejabat pendaftar ICC.

Statut Rom ICC

Menurut penjelasan seorang peguam di akhbar Sinar Harian, penerimaan Malaysia terhadap Statut Rom, ICC ini tidak akan menggugat apa-apa di Malaysia. Cumanya banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum menyertai apa-apa pun triti antarabangsa; tidak tergesa-gesa dan lakukan kajian mendalam.

Sebelum Malaysia, negara raja berpelembagaan yang menyertai Statut Rom ini ialah Belanda, Kemboja, Denmar, United Kingdom, Jordan dan Jepun. Adalah penting juga untuk kerajaan menekankan aspek pendidikan mengenai sesuatu triti kepada rakyat supaya tiada salah faham berlaku sehingga menyebabkan berlakunya krisis yang lain pula.

Jadi anda di pihak yang mana?

Sumber: MalaysiaKini