Trend Pembedahan Plastik

5 Jenis Trend Pembedahan Plastik Popular

Pembedahan plastik merupakan pembedahan yang dibuat dengan tujuan perubatan dan pemulihan. Namun kini, lebih ramai individu memilih melakukannya semata demi kecantikan sehingga boleh dikategorikan sebagai ekstrem.

Statistik terbaru yang didedahkan oleh American Society of Plastic Surgeons (ASPS) baru-baru ini menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan prosedur kosmetik pada tahun 2018 iaitu hampir 250,000 jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Trend Pembedahan Plastik
Sumber: You Beauty

Meningkat dengan konsisten sejak lima tahun lepas, ini merupakan senarai pembedahan lima teratas daripada lebih 1.8 juta pembedahan yang dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 2018 dengan perbandingan tahun 2017:

1. Pembesaran payu dara (meningkat sebanyak 4% – 313,735)

2. Liposuction atau pemungilan bibir (meningkat sebanyak 4% – 258,558)

3. Pembentukan hidung (menurun sebanyak 2% – 213,780)

4. Kelopak mata (menurun sebanyak 1% – 206,529)

5. Tummy tuck atau kulit menggelebeh (hampir sama – 130,081)

Selain itu, berlaku juga lonjakan dalam pembedahan ‘pembentukan punggung’ (buttock augmentations) dan ‘proses mengangkat peha’ (thigh lifts).

Trend Pembedahan Plastik

Selain daripada itu, pembedahan bibir juga yang sentiasa menjadi pilihan dalam pengkonturan badan kerana dikatakan lebih versatil, efisyen dan efektif; dengan satu pembedahan semua kawasan bermasalah boleh dibentuk.

Dengan teknologi masa kini, ditambah pula dengan kemahiran pakar bidang yang semakin bertambah, proses pembedahan atau bukan pembedahan menjadi lebih mudah dan cepat untuk dijalani.

Jangan main-main, orang sekarang nak cantik punya pasal, sanggup lalui semua benda yang menyakitkan.

Sumber: Metro