Sungai Kim Kim

Tragedi Sungai Kim Berakhir: Ayuh Kembali Ke Sekolah!

Hampir tiga minggu selepas arahan penutupan sekolah dibuat susulan daripada tragedi Sungai Kim, kini persekitaran sekolah sudah mula ceria dengan kehadiran pelajar. Mereka yang terpaksa bercuti lama adalah akibat daripada krisis pencemaran udara berpunca dari sisa bahan kimia di sungai.

BACA: Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Meningkat Lebih 200 Orang

Pengerusi Jawatankuada Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor, AMinolhuda Hassan berkata peninjauan kehadiran pelajar yang dilakukan semasa hari pertama persekolahan hari ini mencapai kadar 90%.

Ini menunjukkan ibu bapa dan pelajar sudah yakin selepas Kementerian membuka kembali kesemua 11 buah sekolah di Pasir Gudang hari ini selepas krisis tragedi Sungai Kim dan cuti penggal pertama berahir.

Namun masih ada pelajar yang menggunakan penutup hidung dan mulut sebagai langkah keselamatan walaupun laporan agensi berkaitan menunjukkan keadaan kualiti udara yang semakin pulih.

Sungai Kim Kim

Pencemaran yang telah menjejaskan lebih 6,000 orang termasuk pelajar dan penduduk menyebabkan 2,510 orang terpaksa mendapatkan rawat selepas mengalami masalah kesihatan.

Dengan kos pemulihan RM6 juta, pencemaran udara 7 Mac lalu sudah dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan warga Pasir Gudang boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyalahkan bekas menteri besar Johor kerana membenarkan Pasir Gudang dijadikan sebagai kawasan perindustrian tanpa berunding dengan Sultan terlebih dahulu.

Sumber: Harian Metro