Sandiaga Uno

Lamar Jadi Isteri Kedua Sandiaga Uno Cuma Gimik Penganjur – Mahasiswi

Pencabar Presiden Prabowo Subianto, Sandiaga Uno dilanda satu lagi kontrovesi murahan semasa menjalankan kempen di Yogyakarta Sabtu lalu.

Beliau menjadi ‘tuan rumah’ kepada seminar yang membincangkan peranan milenium dalam perniagaan terkedu apabila ‘dilamar’ oleh seorang mahasiswi berusia 20 tahun semasa sesi soal jawab berlangsung.

Mahasiswi yang dikenali sebagai Vincentia Tiffani yang juga merupakan seorang model dengan beraninya melamar calon naib presiden itu dan menawarkan dirinya sebagai isteri kedua Sandiago.

Mendapat sorakan daripada orang ramai, Vincentia memberitahu media bahawa babak lamaran itu sebenarnya merupakan permintaan daripada pihak penganjur.

“Penganjur meminta saya bertanya jika saya boleh menjadi isteri kedua kepada Sandiaga Uno. Sebenarnya saya tidak mahu menjadi isteri keduanya.”

Menjelaskan bahawa buat masa sekarang perkahwinan bukanlah sesuatu yang akan dia fikirkan, Vincentia mengakui perjalanan pelajaran dan kariernya masih lagi jauh.

Akui tertekan dengan perhatian yang diterima daripada media selepas tularnya video tersebut, Vincentia menerima banyak kecaman dan kritikan daripada orang ramai.

Sandiaga Uno
Sumber: CDN

Dengan rupa paras tampan serta masih lagi kelihatan muda, Sandiaga Uno sering menjadi perhatian kerana aura awet mudanya tidak mencerminkan umur beliau yang sudah mencecah 49 tahun.

Apabila ditanyakan kepada Sandiaga Uno mengenai lamaran tersebut, beliau hanya mampu menjawab,

“Perkara (berkahwin dua) itu hanya akan membawa masalah kepada rumah tangga saya.”

Sumber: Coconut Jakarta