pencemaran Sungai Kim Kim

Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Meningkat Lebih 200 Orang

Khamis lalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih diarahkan tutup berikutan pencemaran udara akibat pembuangan sisa kimia ke Sungai Kim Kim oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Jumlah mangsa pencemaran kini meningkat mendadak kepada 207 orang setakat pukul 11 malam tadi susulan berlaku insiden gelombang kedua tengah hari semalam.

pencemaran Sungai Kim Kim
Sumber: FMT

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata setakat jam 11 malam ini (11 Mac 2019), 29 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan manakala 77 mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan 35 daripada mereka ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

“Daripada jumlah 35 mangsa ditahan itu, empat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Selepas 16 pesakit daripada gelombang pertama telah dibenar pulang, jumlah terkini yang masih berada di HSI adalah 44 orang (enam di ICU dan 38 orang di wad HSI),” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata daripada jumlah 44 orang di HSI, 11 adalah orang dewasa dan 33 adalah murid sekolah. Mangsa pencemaran tersebut dilaporkan mengalami pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.

Orang ramai diminta menggunakan air terawat untuk aktiviti harian dan tidak mendekati kawasan Sungai Kim Kim.

Sumber: Utusan Online