Obor Bunga Sakura Jepun Sukan Olimpik 2020 2

Jepun Reka Obor Bunga Sakura Khas Untuk Olimpik 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sukan Olimpik 2020 bakal menyaksikan bandar negara matahari terbit iaitu Tokyo, Jepun menjadi tuan rumah dalam acara tersebut.

Sudah menjadi tradisi setiap kali acara Sukan Olimpik, atlet akan berlari membawa obor ke bandar tuan rumah untuk menyalakan obor tersebut ketika majlis perasmian.

Larian obor yang bermula pada 26 Mac 2020 di Fukushima akan berakhir pada 10 Julai 2020 di Tokyo ini dijangka akan menjadi salah satu acara yang dinantikan.

Ini kerana obor untuk acara Sukan Olimpik tahun hadapan bukan calang-calang reka bentuk dan teknologi penghasilannya.

Menginspirasikan bunga sakura sebagai tema, obor seberat 1.2 kilogram dan setinggi 71 sentimeter ini disadur dengan emas rona regal rose.

Obor Bunga Sakura Jepun Sukan Olimpik 2020 1

Jika anda lihat dari sisi atas, obor yang direka oleh Tokujin Yoshioka, salah seorang pereka di Jepun ini kelihatan seperti bunga sakura mekar.

Dari api kecil yang menyala di kelopak bunga sakura akan menghasilkan nyalaan api besar di kawasan tengah obor.

Obor Bunga Sakura Jepun Sukan Olimpik 2020

Idea rekaan bentuk obor untuk acara Sukan Olimpik 2020 dipilih apabila melihat imej bunga sakura dilukis oleh kanak-kanak di kawasan yang ditimpa bencana, seolah-olah lukisan itu memberikan mereka satu semangat juang yang baru.

Yang uniknya tentang obor ini, 305 daripada bahannya diperbuat daripada sisa aluminium unit pembinaan perumahan bagi mangsa tsunami pada tahun 2011 dan diukir dengan menggunakan teknologi yang sama seperti bullet train Jepun.

Selain daripada itu, Jepun juga menghasilkan obor tersebut dengan melihat kepada imej bunga sakura sebagai bunga kebangsaan negara mereka.

Apa kata kalau acara sukan ini dijalankan di Malaysia, kita cuba reka obor yang melambangkan Malaysia? Kalau tidak mahu bunga raya, bolehlah buat rekaan nasi lemak atau imej-imej yang melambangkan Malaysia. Kan bagus begitu?

Sumber: Fast Company