Kes Pembunuhan CEO Cradle Fund 1

Kes Bunuh Bekas CEO Cradle Fund: Balu Dan Anak Tiri Mengaku Tidak Bersalah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berita kematian bekas CEO Cradle Fund Nazrin Hassan di rumahnya pada 14 Jun 2018 di Petaling Jaya akibat kebakaran selepas telefon bimbitnya meletup telah menggemparkan Malaysia.

Ini kerana setelah dua bulan daripada tarikh kejadian, polis mengklasikifikasikan bahawa kes tersebut sebagai kes bunuh.

8 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan kubur Allahyarham Nazrin digali semula dengan tujuan menjalankan bedah siasat kali kedua bagi mendapatkan bukti baharu mengenai kamatiannya.

Kes Pembunuhan CEO Cradle Fund
Sumber: Kosmo

Hasil bedah siasat turut mendapati bahawa Allahyarham Nazrin sudah meninggal terlebih dahulu dengan kesan melecur di beberapa bahagian tubuh serta dua kesan lubang kecederaan akibat panah pada leher.

Mayat kemudiannya ditanam semula pada 15 Oktober lalu di Tanah Perkuburan Seksyen 6 Kota Damansara.

Susulan itu, pihak polis kemudiannya menyoal siasat anggota keluarganya termasuk isteri, Samirah Muzaffar dan dua anak tirinya berusia 15 dan 17 tahun pada 4 Mac lalu atas tuduhan membunuh. Dua anak tiri Allayarham yang ditahan dikatakan mempunyai kemahiran dalam sukan memanah.

Kes Pembunuhan CEO Cradle Fund
Sumber: The Star

Walau bagaimanapun setelah dibicarakan semalam, Samirah yang juga anak kepada aktivis sosial Chandra Muzaffar dan dua anaknya mengaku tidak bersalah di depan Hakim mahkamah Tinggi, Ab Karim Ab Rahman.

Mahkamah menetapkan 11 April sebagai Tarikh sebut semula kes dan jika disabitkan kesalahan, mereka bertiga boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Allahyarham Nazrin Hassan telah berkhidmat di Cradle Fund yang merupakan sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan berperanan membangunkan usahawan teknologi serta ekosistem syarikat permulaan di Malaysia dari Oktober 2007 hingga Jun 2018.

Sumber: Free Malaysia Today