PFA Saman Amizal

Imej Kelab Rosak, PFA Saman Bekas Presiden RM3 Juta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) semalam telah mengemukakan tuntutan saman kepada bekas presiden kelab, Datuk Ahmad Amizal Sahifit Ahmad Rafie sebanyak RM3 juta kerana telah merosakkan imej baik mereka.

Ahmad Amizal yang telah melepaskan jawatannya pada Oktober lalu didakwa telah melakukan pelbagai kerosakan termasuklah gagal membayar gaji pemain serta menyebabkan pasukan bola sepak Perlis disingkirkan dari Liga Malaysia 2019 dan melanggar perjanjian panajaan PFA.

PFA Saman Amizal
Sumber: Semuanya Bola

Timbalan Preside PFA, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan berkata pihak peguam mereka telah mengeluarkan notis sama sejak 18 Mac lalu dan memberi tempoh jawapan selama dua minggu kepada Ahmad Amizal untuk menjawab.

Beliau juga tidak menyangkal kemungkinan untuk PFA mengadakan mesyuarat agung pada bulan hadapan untuk memilih presiden baharu yang mampu mengetuai pasukan tersebut dan membayar tunggakan hutang kelab bernilai Rm4 juta.

Bukan itu sahaja, atas tindakan tidak bertanggungjawab Ahmad Amizal, pasukan Piala Presiden dan Belia Perlis turut tidak dibenarkan beraksi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sumber: Utusan Online