kereta terbang Malaysia

Prototaip Kereta Terbang Pertama Malaysia Dipamer Di LIMA’19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Impian Malaysia mewujudkan kereta terbang pertama negara bakal menjadi kenyataan apabila menampilkan prototype air mobility dikenali sebagai Vector telah diumumkan sempena acara LIMA’19 baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof membuktikan kereta terbang yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan bukanlah cakap kosong apabila berjaya mendapat maklum balas positif daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Vector merupakan kereta terbang yang menggunakan sistem modular, yang mana kokpit kereta terbang ini boleh bertukar antara kokpit penumpang (manusia), kokpit kargo atau juga kokpit untuk sistem pengawasan (sekuriti).

kereta terbang Malaysia Vector
Sumber: Amanz

Ia dijana dengan bateri untuk kuasa dan empat motor yang kelihatan seakan kipas meja sebagai enjin untuk terbang.

Dibangunkan oleh syarikat Aerodyne Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi berasaskan teknologi dron.

“Langkah berani yang dilakukan anak tempatan dalam bidang pembangunan aeroangkasa hari ini merupakan antara visi dan usaha penting bagi memastikan langkah Malaysia seiring dengan negara maju lain di rantau Asia Pasifik,” kata Dr. Mahathir.

Mohd Redzuan Yusof berkata, reka betuk Vector yang dibangunkan khas untuk penggunaan di sektor pengangkutan dan pertanian dilihat bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan kereta terbang pada masa hadapan.

“Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran teknologi antarabangsa selain membuktikan anak tempatan juga boleh berjaya dan bersaing di peringkat antarabangsa.”

Sumber: Utusan Online