
McGregor Umum Bersara Dari MMA
Bintang seni bela diri campuran (MMA) UFC, Conor McGregor mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan persaraannya dari sukan itu.
Beliau membuat pengumuman tersebut menerusi kicauan ringkas di akaun Twitter miliknya pada Isnin lepas.
“Hi rakan-rakan, pengumuman ringkas, saya ambil keputusan untuk bersara dari sukan yang dahulunya dikenali sebagai ‘mixed martial art’ hari ini.
“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sekerja saya. Dan sekarang ingin menyertai rakan-rakan lama yang telah bersara,”
Hey guys quick announcement, I’ve decided to retire from the sport formally known as “Mixed Martial Art” today.
I wish all my old colleagues well going forward in competition.
I now join my former partners on this venture, already in retirement.
Proper Pina Coladas on me fellas!— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) March 26, 2019
Petinju dari Ireland itu tidak memasuki mana-mana pertarungan sejak Oktober lalu selepas beliau kalah dan mencentuskan kontroversi dengan Khabib Nurmagomedov.
McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung selama enam bulan susulan kekecohan itu.

McGregor muncul dalam rancangan bersama Jimmy Fallon, beliau mengatakan bersemangat untuk bertarung lagi sebelum membuat pengumuman persaraan tersebut beberapa jam kemudian.
Meskipun begitu, ramai yang agak skeptikal dengan pengumuman tersebut dan menyifatkan ia hanyalah ‘taktik’ untuk mempromosikan diri serta pertarungannya yang seterusnya.
Sebelum ini, McGregor ada memberitahu ingin bertarung semula dengan Khabib kerana mahu menuntut semula ‘haknya’ dan mengatakan kekalahan itu berpunca daripada kekurangan motivasi diri.
BACA: McGregor Ajak Khabib Bertarung Semula, Kekalahan Lama Berpunca Dari Motivasi Rendah
Setakat ini juga masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak UFC mahupun presidennya Dana White.
Sumber: Astro Awani
Trending now



