Avengers: Endgame 3 Jam

Avengers: Endgame Sah Ditayang Lebih 3 Jam

Debaran kian terasa bagi peminat Marvel Cinematics Universe (MCU) di Malaysia apabila disahkan tayangan filem Avengers: Endgame bakal ditayangkan 2 hari lebih awal iaitu pada 24 April dari tarikh tayangan di Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, filem keempat Avengers ini juga bakal ditayangkan dalam durasi paling panjang iaitu selama 3 jam 2 minit menerusi laman AMC Theaters. Ia menunjukkan tayangan filem ini melebihi 33 minit daripada filem Avengers: Infinity War tahun lalu.

https://twitter.com/Fandango/status/1110225872445820928

Kevin Fiege, CEO Marvel Studios berkata, Avengers: Endgame akan menjadi filem paling epik dengan durasi yang diberikan.

Avengers: Endgame 3 Jam
Sumber: Movie Web

Bukan itu sahaja berita baik untuk peminat MCU, awal bulan ini telah diumumkan penggabungan dua industri hiburan terbesar iaitu Disney dan Fox dan pastinya Marvel Studios sedang merangka projek besar untuk gabungan tersebut dalam menghasilkan sebuah filem yang pastinya epik.

Sama-sama kita nantikan!

Sumber: IndieWire