Renungan Abang Manis

Renungan Tajam ‘Abang Manis’ Tawan Hati Warga Internet

Seorang pekerja buruh binaan MRT di Jalan Ipoh menjadi tumpuan warga internet apabila gambar renungan tajam nya ke arah lensa kamera tular di laman Twitter.

BACA: Ini Sebab Mengapa Budaya Pegang Tangan Antara Lelaki Dianggap Normal Di Sesetengah Negara

Foto lelaki warganegara Bangladesh yang dimuat naik oleh Abeden Mung, seorang jurugambar bebas di Twitter telah diulang kicau lebih 24,000 kali dan mendapat tanda suka sebanyak 69,000.

https://twitter.com/tkdnxv/status/1108552441430106112?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1108552441430106112&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.malaymail.com%2Fnews%2Flife%2F2019%2F03%2F25%2Fbangladeshi-construction-workers-runway-gaze-heats-up-the-internet%2F1736185

Abeden yang menemukan individu tersebut ketika sedang melakukan penggambaran video merasa tertarik kerana beliau mempunyai sepasanga mata yang sangat menawan.

“Walaupun memiliki rupa paras yang sangat sesuai berada di pentas sebagai seorang model, lelaki tersebut kelihatan sangat malu, tidak tahu mahu memandang ke arah mana. Mungkin kerana saya menggunakan telefon?

Sekali lagi saya halakan kamera, tetapi sudut gambar tidak terlalu cantik hinggalah dia pandang tepat ke arah lensa dan mula berpeluh sedikit. Dan hasilnya, saya dapatkan ini. Cantikkan dia?” – Abeden Mung

Renungan Abang Manis
Sumber: Twitter Abeden Mung

Berjumpa kali pertama semasa sedang melakukan penggambaran video blog, Abeden Mung mengklasifikasikan mata lelaki tersebut sebagai ‘objek’ wajib untuk dirakam sebagai kenangan kerana warnanya yang unik.

https://twitter.com/tkdnxv/status/1109618687223357440?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1109618687223357440&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.malaymail.com%2Fnews%2Flife%2F2019%2F03%2F25%2Fbangladeshi-construction-workers-runway-gaze-heats-up-the-internet%2F1736185

Walaupun gambar renungan tajam tersebut menerima banyak pujian, ada juga pengguna media sosial sengaja mencetuskan isu-isu stereotaip sensitif yang banyak dikaitkan dengan pekerja buruh warga asing seperti memiliki bau badan busuk.