
Dr Zakir Naik Dituduh Pecah Amanah, Guna Dana Kebajikan RM113 Juta
Penceramah, Dr. Zakir Naik berdepan tuduhan mengumpulkan aset bernilai RM113 juta dengan menggunakan dana kebajikan umat Islam yang diterima dari negara-negara Islam.
Tuduhan yang dibuat oleh Direktorat Penguatkuasaan India (ED) kepada Dr. Zakir Naik mendedahkan asetnya di Mumbai dan Pune, India dengan sekurangnya pemilikan 20 buah flat atas nama isteri dan anaknya.
Menafikan dakwaan pengubahan wang haram dan menaikkan sumbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman dan India antara 2014 hingga 2017 yang berjumlah RM38.3 juta, Zakir menyifatkan tuduhan tersebut adalah disebabkan oleh fanatik agama di India.

Walaupun dikehendaki di India dan mendapat tekanan dari negara luar, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertegas bahawa beliau tidak akan sesekali menyerahkan Dr. Zakir Naik yang kini menetap di Malaysia kepada India selama penceramah tersebut tidak menimbulkan masalah.
Turut mendapat kritikan oleh kumpulan agama lain di Malaysia, Dr. Zakir naik dilabel mereka sebagai ekstremis dan tidak menghormati agama lain. Beliau telah meninggalkan India sejak 2016 selepas didakwa terbabit dengan kegiatan mempromosikan aktiviti keganasan di sana.
Diberikan status penduduk tetap (PR) Malaysia sejak 2012, Dr. Zakir Naik ditawarkan kewarganegaraan oleh sekurangnya 10 buah negara Islam termasuklah Arab Saudi demi melindungi beliau daripada ditahan Interpol.
Sumber: The Star
Trending now



