Bukit Golan Sah Milik Israel

Trump Langgar Undang-Undang Antarabangsa, Iktiraf Bukit Golan Milik Israel

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun mendapat tentangan persetujuan antarabangsa sejak berpuluh tahun lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kekal dengan keputusannya mengiktiraf Bukit Golan atau Golan Heights sebagai milik Israel.

Beliau yang menandatangai pengiktirafan tersebut memberitahu keputusan tersebut memakan masa yang lama untuk dilaksanakan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berpendapat pengiktirafan wilayah tersebut akan kekal di bawah Israel dan mereka sesekali tidak akan melepaskannya selepas membangkitkan isu tersebut kepada Trump pada Februari 2017.

Bagi Netanyahu, pengiktirafan Bukit Golan adalah penting untuk menjamin keselamatan mereka dari serangan Iran yang mahu menggunakan Syria sebagai tapak memusnahkan Israel.

Bukit Golan Sah Milik Israel 1

Pengiktirafan Trump dianggap sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa, resolusi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang Majlis Keselamatan PBB selain daripada turut meningkatkan lagi ketegangan dalam proses damai yang belum mampu diselesaikan.

Sungguhpun begitu, bagi Majlis Kerjasama Teluk (GCC), tindakan Trump tidak akan mengubah realiti bahawa Bukit Golan adalah milik Syria setelah dirampas rejim zionis pada tahun 1967 dan diambil alih pada 1981 walaupun tanpa mendapat mengiktirafan serta persetujuan komuniti antarabangsa.

Semalam, kawasan Semenanjung Gaza telah dibedil teruk oleh tentera Israel selepas pelancaran roket Palestil terkena sebuah rumah di Tel Aviv.

Netanyahu turut berjanji akan melakukan serangan tindak balas yang teruk kepada Gaza selepas tujuh warga Israel cedera dalam pelancaran roket Palestin tersebut.

Sumber: Berita Harian