
Dera Kucing Hingga Retak Tengkorak Kepala, Lelaki Bakal Dipenjarakan
Seorang lelaki bakal dikenakan hukuman penjara di atas kesalahan menyiku seekor kucing peliharaannya sehingga menyebabkan kecederaan teruk.
Joe Purvis, 25 mengaku bersalah di atas perbuatan menyiku kucing yang digelar sebagai Indico dari baka Maine Coon atas sebab menggigitnya tetapi menafikan dakwaan membakar bahagian atas kepala haiwan tersebut.
Semasa menyelamatkan Indico yang berusia 12 minggu, ahli veterinar menemui tiga retakan pada tengkorak kepala selain daripada luka terdedah di atas kepalanya.
Joe dikenakan penggantungan selama setahun dengan 14 minggu di dalam penjara dan diminta membayar kepada mahkamah €400 serta €115 untuk kecederaan mangsa selain daripada diharamkan untuk memiliki apa-apa jenis binatang untuk tempoh 10 tahun.
Hukuman itu dijatuhkan selepas doktor haiwan memberitahu Joe pernah membawa Indico ke klinik haiwan pada September lepas disebabkan kecederaan serius pada kakinya sehingga menyebabkan mereka tiada pilihan lain, iaitu memotong kaki haiwan berkenaan.
Pada November lepas, Joe sekali lagi membawa Indico ke klinik haiwan dengan alasan patah rahang akibat daripada disiku kerana menggigitnya selain daripada membuang air besar di atas katil namun kakitangan klinik memberitahu mereka terbau ganja yang kuat.
Joe memberitahu mahkamah dia membeli Indico yang sudah kehilangan satu kakinya di laman Facebook dengan harga £50 dan mendakwa luka di kepala kucing itu akibat daripada terlanggar kepala paip semasa cuba membersihkan haiwan tersebut daripada kotoran najis.
Memberitahu kakitangan klinik bahawa dia sudah tidak mampu untuk menanggung kos rawatan Indico kerana ketiadaan wang, Joe memutuskan untuk meninggalkan Indico di Klinik Coldicott walaupun sudah didesak kakitangan klinik yang akhirnya menghubungi anggota pencegah keganasan haiwan, RSPCA.
Sumber: Metro UK
Trending now



