suhu penyaman udara

TNB Nasihat Kawal Suhu Penyaman Udara Dari 24 Hingga 26 Darjah Celsius Sahaja

Malaysia tidak akan berdepan dengan cuaca panas melampau seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 dengan suhu yang tertinggi berada pada paras 40 darjah celsius.

Pengarah MET Malayia, Dr Hishm Mohd Anip berkata, cuaca panas dijangka berlarutan sehingga Mei. Ia merupakan fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.

suhu penyaman udara
Sumber: Astro Awani

Dengan keadaan cuaca panas sebegini, pasti ramai yang memasang penyaman udara pada suhu 16 darjah celsius untuk menghilangkan rasa bahang.

Sehubungan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna untuk kawal penggunaan penyaman udara secara berhemah. Disyorkan tetapan suhu penyaman udara antara 24 hingga 26 darjah celsius sahaja.

Ia sebagai langkah bagi mengurangkan berlakunya penggunaan elekrik yang terlalu tinggi.

TNB juga menasihatkan agar pengguna menyelenggara penyaman udara atau menukar yang lama kepada model baharu untuk lebih jimat tenaga. Ia juga membantu menjimatkan bil elektrik anda.

Di sini, kami sertakan tip ringkas penjimatan penyaman udara dengan lebih efisien yang dikongsikan Jabatan Netien Malaysia.

 

suhu penyaman udara

Sumber: The Star