Facebook

Facebook Tersimpan Ratusan Juta Kata Laluan Pengguna Dalam Bentuk Teks Biasa

Facebook mengumukan bahawa semasa sesi peninjauan keselamatan Januari lalu, mereka mendapati bahawa ada kata laluan sesetengah pengguna yang disimpan dalam kategori format teks biasa. Isu ini sepatutnya tidak berlaku kerana sistem daftar masuk Facebook sudah dicipta untuk melindungi kata laluan dengan menggunakan teknik tertentu.

BACA: Gangguan Facebook, Instagram Dan WhatsApp Lebih 5 Jam, Tiada Kaitan Dengan Serangan DDoS

Untuk maklumat lanjut, kata laluan akaun tersebut tidak boleh diakses dari luar semasa kejadian tersebut berlaku. Antara yang terjejas adalah dari pengguna aplikasi Facebook, Facebook Lite dan juga Instagram.

Facebook alami gangguan

Facebook memberitahu disebabkan ramai pengguna mungkin berkongsi, menggunakan semula kata atau kata laluan Facebooknya dicuri, jadi mereka cuba membantu pengguna dalam melindungi akaun dengan cara:

1. Menggunakan pelbagai isyarat untuk mengesan aktiviti mencurigakan.
2. Pengguna boleh daftar baru untuk menerima amaran tentang daftar masuk yang tidak dikenal pasti.
3. Untuk meminimumkan pergantungan pada kata laluan, Facebook memperkenalkan kebolehan untuk mendaftar kunci keselamatan fizikal.

Untuk pengguna Facebook yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut cara untuk menjadikan akaun anda selamat, anda bolehlah lawati laman ini.

Sebelum ini, Facebook telah mengalami gangguan bersama adik-beradiknya yang lain iaitu Instagram dan WhatsApp selama lima jam.

Facebook kemudian menafikan ianya adalah disebabkan oleh serang DDoS iaitu erangan yang membuatkan komputer atau pelayar tidak dapat berfungsi dengan baik akibat penyerangan spam secara serentak.

Serangan tersebut dikatakan sebagai antara yang terbesar menyerang selepas pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.

Walau bagaimanapun kesemua pelayar di atas sudah berada dalam keadaan baik dan beroperasi seperti biasa.

Terdahulu, aplikasi ini pernah mencetuskan kepanikan pengguna apabila gagal berfungsi sehingga menyebabkan gangguan sama ada semasa pengguna mahu membuka atau melihat hantaran terbaharu, mahu pun memuat naik gambar atau stories.

Sumber: Facebook