Pengganas Penjara Paling Kejam

Pengganas Christchurch Bakal Jalani Hidup Dalam Penjara Paling Kejam Di Dunia

Lelaki yang didakwa melakukan serangan ganas di dua buah masjid di sini bakal menjalani sisa hidupnya di penjara paling kejam dan mengerikan di dunia, penjara Auckland di Paramemo.

Menurut laporan, penjara ini yang dikenali sebagai ‘Parry’ mendapat peruntukkan besar iaitu kira-kira NZ $300 juta (RM836 juta) untuk kerja menaik taraf supaya ia lebih moden dan selamat untuk kakitangan serta banduan lain.

Ia juga dikatakan sebagai penjara paling rumit, bahaya dan tidak menentu.

Dia akan diawasi ketat selama 24 jam dan diasingkan sepenuhnya daripada banduan lain serta tidak boleh menerima pelawat.

Pengganas Penjara Paling Kejam
Sumber: Noted
Pengganas Penjara Paling Kejam
Sumber: Radio NZ

Warga Australia berusia 28 tahun itu turut diasingkan sepenuhnya dari dunia luar dan mengikuti perkembangan liputan kesnya termasuk dilarang menggunakan kemudahan internet, televisyen, membaca akhbar dan mendengar radio.

Sel-sel yang dibina di penjara tersebut direka khas untuk menahan ‘serangan’ berterusan selama 16 jam selain mempunyai tingkap setebal tiga lapis untuk tujuan keselamatan.

Penjara tersebut mempunyai sistem pengesan denyutan jantung, pintu keselamatan dengan pengesan cap jari dan lima lapis pagar.

Setiap bahagian di dalam penjara direka khas supaya serangan dapat diminimumkan dan kakitangan tidak dipaksa untuk memasuki sel kecuali jika perlu.

Dalam erti kata lain, banduan boleh menjadi ‘gila’ kerana mereka benar-benar terasing dan tidak dapat keluar daripada penjara paling kejam ini.

Sumber: Sumut Kota