Haziq Nahas Christchurch

Nahas Christchurch: Seluruh Masjid Malaysia Disaran Solat Jenazah Ghaib Untuk Haziq

Maggi dan rakyat Malaysia, berpisah tiada. Menjadi sumber makanan para pelajar yang tinggal di asrama, pelbagai cara kreatif dipersembahkan bagi menambahkan lagi kelazatan Maggi.

Mari MakanLena kongsikan 6 cara memasak Maggi yang pasti anda nak cuba buat pergi ke dapur sekarang.

1. Maggi Goreng

maggi goreng

Ambil satu paket Maggi. Potong bawang, hirisan ayam, dan cili kisar. Kemudian goreng dengan menambah ikan bilis serta pes asam jawa. Goreng kasi terangkat kuali. Mamak style campur telur dadar pecah satu.

2. Maggi Ketam

maggi ketam

Popular di kedai Meggi Ketam Cherang Ruku, Kelantan. Maggi dan ketam nipah segar dimasak dalam periuk tanah. Rasanya fuh, sangat menyelerakan.

3. Maggi Cheese

maggi cheese

Pisang goreng cheese? Overrated.

Jarang ada resepi ini dimasak. Kombinasi Maggi, keju, roti bakar, tomato dan rempah-ratus. Dicicah pula dengan sos cili. Terbaik.

4. Murtabak Maggi

murtabak maggi

Singgah bazar Ramadan, pasti jumpa. Murtabak diletakkan di dalam bekas goreng telur. Enak yang amat.

5. Maggi Lasagna

maggi lasagna

Bagi penggemar lasagna, ini menu patut tambah dalam koleksi lasagna anda. Tengok gambar sahaja sudah terliur. Boleh bayangkan keju dan Maggi tertarik-tarik semasa menikmatinya.

6. Maggi Sup Kari

maggi kari

Menu biasa ada dalam sepaket Maggi perasa kari. Nak sedap tambah telur mata kerbau. Tak pernah jemu punya.

7. Maggi Milo

maggi milo

Ciptaan paling latest abad ini. Masak Maggi dan perencah macam biasa. Taburkan Milo. Rasa sendirilah macam mana pergi dia.