Kelantan Tidak Buka Wayang

Kelantan Tetap Tidak Akan Buka Panggung Wayang

Kerajaan Kelantan memutuskan bahawa mereka tidak akan membuka panggung wayang di negeri itu bagi mengelakkan berlaku gejala sosial. Perkara itu dimaklumkan oleh Izani Husin, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan.

Cadangan meminta kerajaan Kelantan membenarkan pembukaan wayang patuh syariah dibuat oleh ahli DUN Barisan Nasional (BN), Syahbuddin Hashim.

Ia dibawa atas dasar melihat Kerajaan Pas Terengganu tidak menutup panggung wayang yang dibina semasa pemerintahan BN serta sebagai menambah pendapatan cukai hiburan di negeri itu.

Kelantan Tidak Buka Wayang
Sumber: Cinema Online

Izani Husin berkata, mereka boleh mengenakan syarat ketat kepada pawagam namun, penguatkuasaaan terhadap pelanggaran syarat juga akan berdepan masalah dan perkara tersebut perlu diambil kira.

“Perkara kedua, kita juga boleh kawal dalam pawagam, namun masa anak-anak keluar dan akan pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam itu akan banyak mengundang masalah gejala sosial”

Perkara ini juga selaras dengan hasrat kerajaan Kelantan untuk mengurangkan gejala sosial menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak membenarkan pembukaan pawagam di seluruh Kelantan.

Operasi panggung wayang sebelum ini yang dikenali sebagai Panggung Lido yang terletak di Jalan Post Office Lama telah dihentikan selepas Pas mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada BN pada 1990.

Sumber: Astro Awani, Utusan