
Ciri Terbaharu Price Catcher Bantu Pengguna Rancang Perbelanjaan Lebih Efektif
Bagi membantu pengguna Malaysia membeli barang secara bijak, kerajaan telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih, Price Catcher untuk membandingkan harga lebih beratus barangan keperluan.
Antara ciri yang dimiliki aplikasi itu adalah carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan; fungsi mengesan lokasi; perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan serta pandu arah ke arah premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map.
Aplikasi ini ditambah dengan ciri terbaharu seperti kemudahan perkongsian maklumat carian harga melalui media sosial dan hebahan mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan lain.
Price Catcher membantu pengguna menjimatkan masa dan kos memilih premis yang menawarkan harga berpatutan memandangkan premis perniagaan di sekitar kawasan yang sama menawarkan barang yang sama tetapi pada harga berbeza.

Dengan pelancaran ciri terbaharu ini, pengguna boleh berkongsi harga di media sosial yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna lain seperti harga promosi dan sebagainya.
Peniaga juga digalakkan untuk menggunakan platform Price Catcher untuk menghebahkan promosi yang dibuat.
Pengguna juga boleh memastikan harga produk sebelum membeli, dan sekiranya harga yang dipaparkan berbeza dengan harga di premis, aduan boleh dilakukan.
Sumber: Astro Awani
Trending now



