Avengers Endgame

Trailer Rasmi Avengers: Endgame Nombor 1 Dalam Arah Aliran YouTube

Mungkin teruja dengan tayangan siri wira Avengers, adaptasi daripada Komik Marvel pada bulan hadapan, paparan video gazet Marvel Studios’ Avengers: Endgame kini berada dalam carta nombor 1 di YouTube.

Dengan tayangan dua hari lebih awal di GSC, pastinya ramai yang ternanti-nanti tarikh tersebut.

Avengers Endgame

Dengan jumlah tontonan sudah mencapai lebih 69 juta, siri filem arahan Anthony Russo dan Joe Russo ini sudah mengeluarkan poster rasmi mereka.

Ketidakhadiran wira seperti Black Panther, Spiderman, Dr Strange, Scarlett Witch, Winter Soldier, Vision, Loki, Gamora, Groot, Nick Fury dan Star Lord adalah kerana mereka sudah mati dibunuh Thanos.

Dengan tempoh masa tayangan selama tiga jam, peminat turut ‘terseksa’ melihat video gazet yang banyak menunjukkan imbas kembali perjuangan watak-watak Avenger siri terdahulu.

Mungkin kerana itu juga agaknya ada antara peminat siri ini sanggup menonton video gazet Avengers: Endgame yang dikeluarkan pada 14 Mac lalu secara berkali-kali sehinggakan baru sahaja 24 jam dilancarkan, capaian tontonan sudah melebihi 30 juta!