JobsMalaysia

Pelaburan Rombakan RM24.5 Juta JobsMalaysia Gagal

Pelaburan RM24.5 juta untuk memperbaharui JobsMalaysia menjadi sia-sia kerana gagal memenuhi jangkaan.

Dibina pada tahun 2009 bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam mencari pekerjaan dengan menyediakan senarai pekerjaan yang ada.

Pada tahun 2015, kontrak memperbaharui platform; menambah baik keupayaan portal (pemadanan pekerjaan dengan kemahiran pencari kerja) diberikan kepada Mimos Bhd dan sepatutnya siap pada 2016.

Namun ianya tertunda selama dua tahun dan apabila dilancarkan, portal JobsMalaysia gagal memenuhi jangkaan Kementerian Sumber Manusia.

Pada awalnya, portal tersebut mendapat ulasan positif. Tetapi kemudiannya terdapat masalah teknikal pada versi web dan aplikasi yang menyebabkan portal banjir dengan aduan.

Antaranya, tidak mesra pengguna dan pekerjaan yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan kelayakan pencari.

JobsMalaysia

Contohnya pencari kerja yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dipadankan untuk memohon pekerjaan sebagai pemandu lori.

Sistem yang gagal memadankan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan pencari kerja menjadikan portal JobsMalaysia sebagai laman web mencari pekerjaan paling teruk dalam pasaran.

Walaupun dibiayai, JobsMalaysia gagal memenuhi jangkaan sehingga dinilai dengan mata 2.3/5 oleh pengguna.

Apabila terlalu banyak aduan masalah yang sepatutnya tidak terjadi seperti gagal daftar masuk dan log masuk dialami pengguna menjadikan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran mahukan portal ini ditangani oleh ‘mereka yang berkebolehan’.

Sumber: The Sun Daily