
Tragedi Berdarah Christchurch: Warga Malaysia Cerita Pengalaman Jadi Saksi
Seorang lelaki warganegara Malaysia yang terselamat dalam tragedi tembakan pengganas ekstremis fahaman kanan dan Neo-Nazi menceritakan kisah berdarah tersebut sebagai saksi kejadian tragedi berdarah Christchurch ini.
Turut berada di Masjid Al Noor, Christchurch untuk menunaikan solat Jumaat, Noor Hamzah, 54 tahun menceritakan bagaimana dia berjaya menyelamatkan diri daripada kejadian tersebut.
https://www.facebook.com/notes/noor-hamzah/masjid-al-noor-massacre-1532019/10156234312537874/
“Saya menulis ini dari rumah. Saya baru sahaja keluar dari hospital.
Ketika jam 1.30 petang, solat Jumaat baru sahaja bermula. Imam Gamal Al Banna ke mimbar untuk mulakan khutbah. Kemudian kami terdengar lepasan tembakan dari depan masjid dengan tembakan bersasar. Saya lari ke pintu bahagian tepi masjid dan menuju ke halaman belakang, bersembunyi di sebalik kereta.
Tembakan berlaku kira-kira 20 minit sebelum anggota penyelamat tiba dan meredakan keadaan. Di kawasan saya terdapat dua orang lelaki yang cedera. Selepas anggota paramedik sampai, kami dibawa pihak polis ke jalan di hadapan masjid.
Semasa berjalan, saya terlihat empat orang lelaki lain, dua orang sudah meninggal. Salah seorangnya ialah Sheikh Musa di belakang masjid. Saya lihat kawasan dalam masjid dan terlihat banyak badan-badan bergelimpangan di atas satu sama lain. Empat atau lima orang di hadapan masjid. Dua orang lagi di jalanan hadapan masjid.
Pihak polis mengambil butiran diri kami dan membawa kami ke Taman Hagley di hadapan masjid. Kemudiannya kami dibawa ke hospital oleh pihak polis.”
Mengakui cukup terkejut dengan tragedi tersebut, Noor Hamzah berharap agar dia dan semua orang cukup kuat untuk mengharunginya. Sudah menetap selama 21 tahun di New Zealand, Noor Hamzah tidak menyangka bahawa kejadian tersebut boleh berlaku.

Menurut media Stuff, setakat ini jumlah mangsa yang meninggal dunia dan sudah dijumpai adalah seramai 50 orang. Manakala yang cedera ialah 50 orang dan 36 orang daripadanya masih berada di hospital termasuk yang dirawat di bahagian ICU.
New Zealand sering dianggap sebagai sebuah negara yang selamat dan mempunyai tahap pembunuhan yang agak rendah.
BACA: Ini Yang Terjadi Selepas Peristiwa Serangan Pengganas Di Masjid Christchurch
Insiden tembakan tragedi berdarah Christchurch ini merupakan insiden tembakan terbesar pertama sejak pembunuhan beramai-ramai Raurimu pada tahun 1997.
Trending now



