James Gunn

James Gunn ‘Comeback’ Sebagai Pengarah Guardians Of The Galaxy 3

James Gunn telah dilantik semula sebagai penulis dan pengarah untuk siri filem Guardians of The  Galaxy 3 selepas dipecat Disney tahun lalu.

Beliau dipecat kerana hantaran lama di Twitternya (sebelum mengarah Guardians of The Galaxy) kembali mencetuskan kontrovesi, provokatif dan menyentuh sensitiviti masyarakat.

Setuju untuk kembali mengarah filem tersebut, James Gunn dikatakan akan memulakan tugasnya selepas menyelesaikan sekuel filem Suicide Squad.

James Gunn

Turut dikenali sebagai individu yang lantang mengkritik Donald Trump, James Gunn berkata selepas dipecat beliau tidak pasti sama ada masih mahu bekerjasama dengan Disney atau pun tidak.

Namun beliau akhirnya bersetuju selepas melalui sesi perjumpaan bersama Alan Horn, pengerusi Disney Studios yang memujuknya untuk melakukan permohonan maaf kepada umum.

Buat peminat siri filem Guardians of The Galaxy pastinya tidak sabar mahu melihat James Gunn membuat comeback kan?

Sama-sama kita nantikan!

Sumber: The Guardian