
Senator Fraser Anning Salahkan Umat Islam Sebagai Punca Serangan Tembakan Rambang Masjid Chrishtchurch New Zealand
Kenyataan Senator Queensbay, Fraser Anning berkenaan dengan kejadian serangan tembakan rambang di Masjid Christchurch hari ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam kerana mengandungi unsur-unsur kebencian agama.
BACA: Gempar! Tragedi Tembakan Solat Jumaat Masjid Christchurch Merupakan Hari Paling Gelap Di New Zealand
Beliau secara rasmi telah mengeluarkan kenyataan, seakan menyokong perlakuan penyerang dengan mengatakan bahawa peningkatan imigrasi umat Islam ke Australia menjadi punca serangan tersebut berlaku.
Turut menyifatkan bahawa perkaitan penyerang dengan fahaman politik adalah mengarut, Fraser Anning seakan terus ‘membakar’ umat Islam dengan menyatakan bahawa “Muslim cuma menjadi mangsa hari ini sedangkan selalunya mereka adalah pemangsa”.
Beliau menyatakan bahawa Islam adalah kepercayaan yang tidak sama dengan yang lain kerana mempunyai fahaman fasis; perang tanpa penamat kepada mereka yang menentang dan tidak mempercayainya.
Jika lihat pada hantaran kicauan Fraser Anning, majoriti daripadanya mempunyai unsur-unsur kebencian agama Islam atau Islamophobia.
Turut memadam hantaran yang menyalahkan peningkatan umat Islam di Australia sebagai punca serangan tembakan rambang berlaku, kami sempat screen shot kicauan berbaur kebencian agama tersebut.
Untuk lihat lebih banyak lagi bukti kebencian beliau kepada agama Islam, anda bolehlah layari laman Twitter beliau di sini.
Menurut sumber, jumlah penembak kesemuanya adalah 12 orang dengan dua bom dijumpai berdekatan masjid.
Trending now



