Ahmad Idham dikritik

PFM Sokong Tetapi Peminat Filem Kritik Pelantikan Ahmad Idham

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan pelantikan pengarah filem Ahmad Idham sebagai CEO baharu Finas bagi temph dua tahun.

BACA: Ahmad Idham Dilantik CEO Baharu Finas

Pengumuman tersebut turut disusuli dengan ucapan tahniah daripada penggiat industri seni. Bagaimanapun, segelintir peminat filem mengkritik dan sangsi dengan kredibiliti yang bakal dibawa olehnya.

Seorang pelakon, Namron turut menyuarakan pandangan mengenai lantikan tersebut. Baginya, dia merasakan lantikan tersebut merupakan jarak pengukur untuk lebih giat berusaha dalam menghasilkan sesebuah karya.

https://www.instagram.com/p/Bu-micsg5hS/?utm_source=ig_web_copy_link

Menyedari kritikan yang diterima, Ahmad Idham meminta pihak-pihak yang tidak sependapat dengannya agar bersabar dan memberi peluang dan ruang buat beliau yang baru sahaja dilantik sebagai CEO Finas.

Beliau turut menawarkan kepada mereka yang mengkritik untuk bertemu dengannya jika mempunyai pelan penambahbaikan yang menguntungkan industri.

Menurut laporan Metro, beliau diberi amanat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mahukan perbadanan itu diurus dengan lebih tukus dan terbuka.

Walau dikritik ramai, Pesatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang dipengerusi Datuk Norman Abdul Halim menyokong penuh pelantikan pengarah filem Jangan Pandang Belakang itu.

Ahmad Idham dikritik
Sumber: ProjekMM

“Sesungguhnya lantikan bagi jawatan peneraju utama Finas ini telah lama dinantikan dan pemilihan Ahmad Idham adalah tepat berdasarkan pengalaman, pengetahuan serta kesungguhan beliau dalam membangunkan industri perfileman tanah air.”

Pihaknya juga menambah, akan memberi kerjasama kepada Ahmad Idham dan Finas demi memacu era baharu industri filem tempatan.

Semoga pelantikan ini dapat memberi nafas baharu buat industri filem tanah air. Sama-sama kita nantikan pembaharuan yang diberikan oleh Ahmad Idham.

Sumber: ProjekMM, Hangat.com