Serangan Masjid New Zealand

Gempar! Tragedi Tembakan Solat Jumaat Masjid Christchurch Merupakan Hari Paling Gelap Di New Zealand

Satu dunia gempar dengan serangan tembakan rambang di Masjid Christchurch, New Zealand yang setakat ini telah mencatatkan jumlah mangsa sekitar 30 orang termasuklah dua orang rakyat Malaysia iaitu seorang bapa dan anaknya.

Bapa tersebut dilaporkan cedera dan berada dalam keadaan stabil, manakala anaknya yang berusia 17 tahun tidak diketahui keadaannya.

Serangan Masjid New Zealand 2

Menyasarkan dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, angka kematian rasmi belum lagi dikeluarkan. Perdana Menteri New Zealand menyifatkan bahawa kejadian tersebut merupakan hari paling gelap buat New Zealand.

Menurut Datuk Bandar Christchurch, situasi masih lagi aktif menyebabkan pihak keselamatan masih lagi perlu berkawal di semua masjid. Penyerang dipercayai berkulit putih, berada dalam lingkuan usia 30-an hingga 40-an dan ekstremis berhaluan kanan.

Serangan Masjid New Zealand

Pihak polis tempatan percaya bahawa selain daripada seorang suspek yang ditahan, ada beberapa lagi individu yang terlibat. Tetapi menurut portal berita Stuff New Zealand, empat orang individu sudah ditahan, seorang daripadanya adalah berjantina wanita.

Serangan Masjid New Zealand
Sumber: The Independent

Ada juga yang mengatakan seramai sembilan individu yang sudah dipastikan kematiannya, manakala 30 yang lain dikhuatiri meninggal dunia. Penduduk Bandar Christchurch diarahkan untuk tetap berada dalam kawasan rumah dan kesemua masjid perlu ‘menutup pintu’ mereka buat sementara waktu.

Turut tular di laman internet, seorang lelaki yang mengakui bahawa kejadian serangan rambang itu adalah bertujuan untuk membalas kematian ribuan orang di Eropah dalam manifesto The Great Replacement bermuka surat sebanyak 74 helai.

Selain itu beliau juga memperkenalkan dirinya sebagai seorang lelaki kulit putih biasa, berusia 28 tahun, dilahirkan di Australia dalam keluarga yang berpendapatan rendah, melalui zaman kanak-kanak biasa dan tidak begitu minat terhadap pelajaran dan sekarang bekerja sebagai ‘pemotong kebab’.