PUBG

Mahasiswa Ditahan Polis Gara-Gara Main PUBG. Itu Pun Tak Boleh?

Sepuluh pelajar universiti ditahan polis di barat Gujarat, India kerana bermain permainan video popular, Player Unknown Battlegrounds Mobile (PUBG), selepas pihak berkuasa mengharamkan permainan itu minggu lalu.

Menurut laporan The Indian Express, mereka ditahan polis berhampiran sebuah kolej yang menjadi tumpuan orang ramai pada Selasa lalu.

Gujarat satu-satunya negeri di India yang melaksanakan pengharaman ke atas permainan video itu atas kebimbangan dalam kalangan ibu bapa di negara terbabit kerana ia dilihat lebih banyak mendatangkan pengaruh buruk termasuk unsur keganasan selain boleh mengganggu tumpuan terhadap pelajaran.

PUGB haram

Pelajar-pelajar yang ditahan itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin pada hari yang sama.

Pada Februari lalu, seorang menteri di Gujarat menggambarkan permainan tersebut sebagai ‘syaitan di dalam rumah’. Walaupun PUBG tidak diharamkan di negeri-negeri lain di India, para pendidik masih bimbang dengan ketagihan permainan video tersebut.

PUBG dikatakan mencetus keganasan apabila remaja Mesir dan Iran membunuh rakan mereka kerana terpengaruh dengan permainan video itu dan China turut melarang permainan berkenaan.

Sebenarnya, tidak salah jika bermain PUBG sekiranya tahu membahagi masa dan tidak bermain secara berlebihan. Yang penting tahu membezakan dunia fantasi dan realiti, betul tak?

Bukan itu sahaja, malahan, anda tahu tak bahawa terdapat kes di mana ada seorang remaja sanggup mencabut nyawa sendiri demi permainan dalam talian ini? Jika ingin tahu lebih lanjut, layari artikel ini.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku apabila pelajar yang berusia 16 tahun itu disuruh ibunya berhenti bermain PUBG dan belajar untuk peperiksaan. Remaja itu menjadi berang lalu masuk ke dalam bilik dan menggantung dirinya pada kipas siling menggunakan kain.

Ada juga dikalangan peminat game ini berjaya menjana pendapatan hanya dengan terus bermain. Kalau anda nak tahu, seorang suri rumah mampu mendapat pendapatan sehingga lima angka secara sepenuh masa. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, layari artikel ini.

Beliau mengisi masa lapang dengan bermain penstriman video ini selepas dicadang oleh adik iparnya untuk bermain sambil menjana pendapatan di Facebook. Menarik bukan?

Sumber: The Verge